Jenama makanan ringan kegemaran Malaysia, Twisties sekali lagi memperkenalkan perisa kegemaran tempatan rakyat Malaysia menerusi varian ‘Kaya Butter Toast’.
Ketika mencipta perisa unik ‘Kaya Butter Toast’, Twisties mengambil inspirasi daripada perisa tempatan dan obsesi rakyat Malaysia terhadap perisa terkenal ini, dan seterusnya membawanya ke tahap yang lebih istimewa.
Sebagaimana yang dapat dilihat pada masa lalu, masyarakat Malaysia sangat kreatif dalam menzahirkan rasa cinta mereka terhadap sajian tempatan seperti Nasi Lemak. Sehubungan dengan itu, Twisties memanfaatkan selera tempatan dan berhasrat mengangkat satu lagi keenakan perisa tempatan, iaitu ‘Kaya Butter Toast’ ke tahap yang lebih memberangsangkan.
“Kaya Butter Toast mencerminkan keenakan perisa tersendiri yang dapat dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Mengikuti jejak kejayaan Spicy Seaweed Splash, kami tahu bahawa rakyat Malaysia senantiasa ternanti-nantikan perisa yang dapat memuaskan cita rasa mereka, dan kami yakin bahawa ‘Kaya Butter Toast’ sememangnya mampu merealisasikannya,” kata Arpan Sur, Pengarah Pemasaran Mondelēz Malaysia dan Singapura.
Untuk meraikan lagi rasa obsesi ini, sebagai sebahagian daripada kempen #EmbraceYourObession, pelbagai barangan edisi terhad ‘Kaya Butter Toast’ telah dicipta khusus dan tersedia untuk dimenangi oleh para peminat menerusi laman media sosial rasmi Twisties dan hanya tersedia menerusi keluaran khas percuma ini dan bukannya untuk jualan.
Twisties’ Kaya Butter Toast kini boleh didapati di kesemua peruncit utama, kedai serbaneka, kedai runcit dan kedai dalam talian pada harga RM1.98.
Perisa baharu ini menjadi sebahagian daripada pelbagai Twisties sedia ada yang menyelerakan termasuk Spicy Seaweed Splash, BBQ Curry, Cheddar Cheese, Chicken, Cherry Tomato, Chili Cheese dan Thai Sweet Chili.
-NIAGATIMES