TZ APAC, salah satu entiti penerimaan utama yang menyokong ekosistem Tezos di Asia, hari ini mengumumkan satu komitmen strategik untuk rantau Asia Pasifik.
Komitmen serantau yang strategik daripada entiti penerimaan Tezos yang utama di Asia akan memanfaatkan kejayaan terdahulu termasuk integrasi Tezos dengan BSN, rangkaian rantaian blok negara China, integrasi Tezos ke dalam aplikasi e-panggilan Tada, dan kolaborasi yang berterusan dengan syarikat-syarikat teknologi besar seperti IBM dan Microsoft.
TZ APAC akan menggunakan pelaburan baharu di rantau tersebut dalam pembangunan perniagaan dan pemasaran serta melancarkan perkongsian strategik yang baharu dengan Tezos India untuk mendorong pendidikan dan perekrutan pembangun.
Kini, lebih daripada sebelumnya, perusahaan, jenama korporat dan kerajaan ingin mengetahui bagaimana untuk memanfaatkan kuasa transformasi rantaian blok.
TZ APAC bertujuan untuk memperkasa perusahaan dan individu untuk memanfaatkan kuasa rantaian blok Tezos dengan menyediakan penggunaan modal, pembangunan sumber, khidmat nasihat strategik, pengurusan projek serta perkhidmatan pemasaran dan komunikasi strategik di rantau tersebut.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Asia Utara di TZ APAC, Joe Hwang berkata, perusahaan Asia pada hari ini semakin mengiktiraf kuasa ‘revolusioner’ rantaian blok dan mencari cara baharu untuk mengubah industri-industri.
“Misi TZ APAC adalah untuk mendayakan prestasi tinggi dan pertumbuhan mereka di rantau ini dan selanjutnya.
“Komuniti penginovasi dan pencipta kami yang peka semakin berkembang pesat dan kami ingin memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan yang mampan di Asia,” katanya.
Komitmen TZ APAC terhadap rantau Asia Pasifik boleh dilihat melalui kolaborasi perusahaan mereka yang bersejarah baru-baru ini bersama pengusaha-pengusaha utama di rantau berkenaan.
-PR NEWSWIRE