UMK buka kursus keusahawanan peringkat diploma kepada umum

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bakal mengamalkan konsep keterbukaan setelah bersetuju untuk membuka silibus pendidikan peringkat diploma berkaitan keusahawanan dari unversiti mereka kepada umum termasuklah kakitangan agensi kerajaan negeri bermula tahun hadapan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Noor Azizi Ismail berkata, silibus pengajian antara setahun setengah hingga dua tahun di bawah Diploma Eksekutif Keusahawanan tersebut akan menawarkan dua kursus secara teori iaitu Diploma Eksekutif Pengurusan Enterprais dan Diploma Eksekutif Pendidik Keusahawanan kepada mereka yang terlibat.

“Kita (UMK) akan tawarkan (diploma ini) kepada pensyarah dan pentadbir daripada institusi lain terutama kepada mereka yang terlibat dalam keusahawanan untuk mendalami teori keusahawanan berteraskan inovasi, termasuk kakitangan agensi kerajaan dan juga swasta.

“Saya percaya dengan modul dan tenaga pengajar yang kompeten, kursus diploma seliaan Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) dan Institut Keusahawanan UMK ini akan mendapat sambutan baik dan diterima dalam pasaran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi Diploma Eksekutif Keusahawanan di UMK Kampus Kota Pengkalan Chepa, hari ini.

Diploma-Gambar-hiasan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.