UNCLE CHONG LOCAL DELIGHTS: RESIPI MERENTASI ZAMAN

โ€œMi Kari bagi satu mangkuk dengan kerang lebih, Meja 4!โ€

โ€œNasi Lemak Goreng dua pinggan sekali dua Kopi Ais, Meja 7.โ€

Pesanan begini selalunya akan didengar di sepanjang kedai pada hari-hari biasa ketika petugas restoran melayan deretan pelanggan yang datang untuk memenuhi tuntutan selera masing-masing. Malah sebelum pintu masuk kedai dinaikkan, beberapa pelanggan dilihat setia menunggu berada di luar sambil menatal telefon mereka sementara menunggu kedai dibuka untuk hari itu.

Uncle Chong Local Delights ditubuhkan sekitar tahun 70-an di Foch Avenue yang kini dikenali sebagai Jalan Tun HS Lee. Pada ketika itu, ia hanyalah sebuah kedai kopi yang menempatkan beberapa gerai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti kuetiau goreng dan mi sup untuk disediakan kepada pelanggan pelbagai lapisan masyarakat di pusat bandar Kuala Lumpur yang cukup sibuk.

Minat Uncle Chong kepada menu mi kari ketika itu telah mendorongnya untuk mengembara ke seluruh Malaysia demi menikmati sendiri pelbagai rasa mi kari yang terdapat di negeri-negeri lain. Namun, hanya sebuah kedai kecil yang diusahakan oleh seorang wanita warga emas di Jalan Alor yang benar-benar menambat hatinya.

Bagi golongan yang pernah tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur pada tahun 1970-an, mereka juga mungkin penah merasa dan turut jatuh cinta dengan mi karinya juga. Tetapi setelah wanita tersebut meninggal dunia, resipinya hilang begitu sahaja dan tiada penggantinya.

Selang beberapa tahun kemudian, dengan melewati kejadian-kejadian yang tidak terduga atau disebut sebagai nasib, Uncle Chong bertuah berjaya menemui resipi yang hilang itu. Dengan beberapa olahan di sana sini dan beberapa penambah baikan sendiri, versi terbaharu Mi Kari Kuala Lumpur akhirnya kembali โ€˜dilahirkan semulaโ€™ dan menjadi terkenal.

โ€œAnda mesti sentiasa memantau masa dan haba yang bersesuaian untuk memasak kuah kari. Kegagalan untuk melakukan salah satu daripadanya akan mengakibatkan rasanya menjadi terlalu masak atau juga terlalu mentah,โ€ pesannya ringkas.

Antara sedikit rahsia resipinya ialah ia menggunakan serbuk kari khusus dari tokong terpilih di Kuala Lumpur. Biarawati di kuil akan menghasilkan kuantiti tertentu serbuk kari setiap hari dan kemudian menghantarnya ke kedai. Justeru, rasa uniknya digemari ramai. Tetapi asal usulnya hanya diketahui oleh segelintir orang.

Pada hari ini, Uncle Chong Local Delights menyajikan pelbagai hidangan yang biasa dinikmati oleh kebanyakan rakyat Malaysia sebagai menu kegemaran harian. Selain menu khas Mi Kari, Nasi Lemak Ayam Goreng klasik tempatan antara yang mendahului senarai kegemaran dalam kalangan pelanggan tetap. Nasi Ayam Hainan dan Kuetiau Sup Ipoh pula adalah pilihan popular lain bagi mereka yang tidak gemar masakan pedas.

โ€œBerstatus restoran โ€˜pork freeโ€™ (bebas khinzir) bermakna kami mendapat pelanggan daripada semua kaum di Malaysia, setelah berkembang pesat dengan pengikut-pengikut setia menu kami. Malah, pernah terjadi di mana pelanggan-pelanggan lama dari kedai lama kami di Sri Petaling yang akhirnya tahu keberadaan kami di Facebook, sanggup datang jauh bersama-sama keluarga mereka hanya untuk menikmati semangkuk Mi Kari,โ€ katanya.

Uncle Chong Local Delights beroperasi di dua buah cawangan yang dibuka di Bukit Jalil KL dan Jaya One PJ. Cawangan ketiga pula kini dalam pembikinan dan dijadualkan akan dibuka di IOI City Mall memandangkan langkah meluaskan pengaruh bisnes giat diusahakan anak lelaki yang dipercayai Uncle Chong, Vincent.

-NIAGATIMES

curry-uncle-chong-menu uncle-chong-menu Uncle Chong menu2 Uncle Chong & son

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.