UnionPay International (UnionPay) mengumumkan bahawa 170 dompet antarabangsa kini boleh digunakan terus pada peniaga yang menerima UnionPay di China, menawarkan pengalaman pembayaran yang benar-benar tanpa sempadan kepada pemegang kad global.
Perubahan serba baharu ini yang dibawakan oleh pengembangan pesat UPI terhadap perniagaan rentas sempadannya meningkatkan pengalaman pembayaran secara besar-besaran untuk pengembara global di tanah besar China.
Kini, penduduk Hong Kong dan Macao SAR boleh menggunakan pilihan yang biasa seperti UnionPay App, kad Octopus dan BoC Pay. Dompet-dompet antarabangsa yang lain, termasuk GoPayz Malaysia, K PLUS Thailand dan NaverPay Korea Selatan membolehkan pengembara mengimbas kod QR UnionPay untuk pembayaran.
Sejak awal tahun ini, rangkaian pembayaran Asia Tenggara seperti PayNet Malaysia, NAPAS Vietnam dan Bakong Kemboja kesemuanya mencapai persetujuan dengan UnionPay.
Rakan kongsi dan pengguna antarabangsa menyambut baik inovasi terkini daripada UPI kerana ia menawarkan lima kelebihan penting termasuk sambungan lancar, tanpa kos tambahan, perlindungan privasi lebih baik, pengenalpastian risiko pelanggan yang menjamin transaksi rentas-sempadan yang lebih selamat serta pelbagai jenis senario aplikasi.
Senario yang mana pelancong dalam negeri memiliki keperluan asas untuk melakukan perjalanan perniagaan termasuk katering, peruncitan, pengangkutan dan tempat tarikan hiburan dan pengalaman kad UnionPay menjadi semakin mudah untuk orang ramai yang ingin menaiki kenderaan, pergi membeli-belah dan menuntut bayaran balik cukai.
-NIAGATIMES