Program Bantuan Covid-19 UOB Malaysia telah memanfaatkan lebih 33,000 pelanggan individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sejak bermulanya pandemik Covid-19.
Pada 24 September 2021, bantuan melebihi RM23.8 bilion telah diberikan kepada pelanggan bagi membantu mereka menangani kesan kewangan diakibatkan oleh sekatan pergerakan yang berpanjangan.
UOB Malaysia berkata, pihaknya telah proaktif membantu pelanggan yang terjejas di bawah program bantuannya melalui pelbagai bentuk moratorium pembayaran balik kewangan dan bantuan pembayaran tersasar sejak peringkat awal pandemik pada Mac 2020.
โKami juga telah menyemak semula bantuan pembayaran balik dalam usaha menyokong pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan sepanjang 2020 dan 2021.
โPada Julai 2021, UOB Malaysia meningkatkan lagi program Bantuan Covid-19 selaras dengan pakej bantuan PEMULIH kerajaan,โ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Wong Kim Choong berkata, UOB Malaysia menyaksikan peningkatan 120 peratus dalam jumlah pelanggan individu, perniagaan mikro dan PKS yang memohon bantuan antara Jun dan September 2021.
โWalaupun dengan lonjakan dalam jumlah permohonan sepanjang tiga bulan yang lepas, kami masih mengekalkan hampir 100 peratus jumlah kelulusan pinjaman dan pembiayaan di bawah program Bantuan Covid-19 Bank.
โKami akan terus memberi sokongan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan dalam usaha melindungi hidup dan kelangsungan hidup mereka dalam tempoh yang mencabar ini, meskipun
menyaksikan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur,โ ujarnya.
Permohonan untuk program Bantuan Covid-19 UOB masih dibuka untuk individu, perusahaan mikro dan PKS.
Di bawah pakej bantuan PEMULIH, pelanggan boleh memilih antara moratorium ansuran enam bulan atau pengurangan 50 peratus dalam ansuran pembayaran bulanan untuk enam bulan.
-NIAGATIMES