UOB Mighty Secure perketat keselamatan perbankan lebih canggih

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. (UOB Malaysia) memperketatkan aspek keselamatan perbankan yang lebih canggih dengan memperkenalkan UOB Mighty Secure sebagai alternatif transaksi bank dalam talian khusus buat penggunanya.

UOB Mighty Secure menggantikan kaedah penerimaan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan ciri-ciri yang lebih mudah dan selamat berdasarkan teknologi token keselamatan digital.

Pelanggan UOB Malaysia hanya perlu log masuk ke aplikasi UOB Mighty dengan mewujudkan nombor pengenalan peribadi (PIN) keselamatan UOB Mighty bagi mengaktifkan perkhidmatan tersebut melalui telefon pintar atau tablet masing-masing untuk melakukan sebarang transaksi perbankan.

Penggunaan UOB Mighty Secure juga dikatakan menepati arahan Bank Negara Malaysia yang menitikberatkan keselamatan melibatkan transaksi mudah alih melebihi amaun RM10,000.

Para pelanggan boleh memuat turun atau mengemas kini aplikasi baru UOB Mighty di Google Play Store mahupun Apple App Strore bagi menikmati ciri baru ini.

uob1.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.