UOB Asset Management Malaysia (UOBAM Malaysia) baru-baru ini melancarkan United Sustainable Series – Global Credits Fund (USSGCF), dana borong pertamanya yang memberi tumpuan kepada bon daripada syarikat yang mencapai kemajuan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
SDG PBB menetapkan agenda global untuk pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang mampan untuk dicapai menjelang 2030.
USSGCF bertujuan mencapai objektif pelaburan dengan melabur sekurang-kurangnya 90 peratus daripada nilai aset bersihnya dalam RobecoSAM SDG Credit Income (Dana Sasaran).
Dana Sasaran menawarkan pendedahan terpelbagai dalam pasaran kredit global kepada pelabur dan bertujuan memaksimumkan pendapatan sepanjang kitaran kredit.
Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM (Malaysia), Lim Suet Ling berkata, โDi UOBAM, kami melabur untuk sesuatu tujuan dan menyediakan pulangan positif. โ
โKami melihat minat yang semakin meningkat dalam dana tertumpu pada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang memberi impak positif, terutamanya di kalangan pelabur sofistikated yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengamalan ESG.
โTerdapat juga bukti semakin meningkat yang menunjukkan bahawa penjajaran nilai pelaburan boleh membawa prestasi yang mengatasi pulangan secara konsisten dalam jangka panjang.
โKami amat gembira untuk bekerjasama dengan Robeco dalam menempa masa depan yang mampan dengan menawarkan peluang kepada pelabur untuk melakukan kebaikan sambil menikmati pendapatan yang stabil. Memandangkan lebih ramai pelabur ingin menyediakan impak positif, UOBAM Malaysia akan terus mengasah keupayaan ESG kami dan membantu mengendalikan kekayaan mereka ke arah pelaburan yang mampan,โ katanya.
-NIAGATIMES