UPI optimumkan pengalaman untuk pengembara perniagaan seluruh dunia

UnionPay International (UPI) terus mengukuhkan keupayaan perkhidmatannya. Tatkala ahli perniagaan kembali beroperasi, UnionPay membawakan pengalaman pengguna yang serba baharu dengan mempelbagaikan keadaan penggunaan dan pilihan pembayaran, terutamanya untuk pengembara perniagaan apabila mereka membuat bayaran rentas-sempadan.

Menurut Global Business Travel Association (GBTA), perbelanjaan perjalanan perniagaan global dijangka meningkat sebanyak lebih daripada 37 peratus pada tahun 2022, memandangkan banyak negara melonggarkan sekatan perjalanan antarabangsa mereka secara beransur-ansur.

Tinjauan industri menunjukkan bahawa wabak Covid-19 mempercepatkan penerimaan pembayaran elektronik di serata dunia. Berlatarbelakangkan hal ini, UPI mempercepatkan pembangunan rangkaian penerimaannya yang telah diperluaskan ke 181 negara dan wilayah setakat ini.

Untuk perbelanjaan dalam kedai, hampir kesemua peniaga di tanah besar China menyokong kad UnionPay, manakala liputan penerimaan di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara masing-masing mencecah 90 peratus, 80 peratus dan 75 peratus.

UPI telah meningkatkan pengalaman pembayaran di destinasi-destinasi perjalanan perniagaan utama seperti Hong Kong dan Macau SAR, serta Jepun, Korea, Singapura dan Eropah.

Penerimaan pembayaran mudah alih UnionPay telahpun berkembang pesat, dengan lebih daripada 25 juta peniaga di seluruh dunia.

Bagi pembayaran dalam talian, UPI menambah bilangan peniaga e-dagangnya kepada 22 juta dan memperluaskan ketersediaan perkhidmatan pembayaran tanpa kontak, lalu mengurangkan risiko transmisi Covid-19 dalam pembayaran.

Sebagai jenama pembayaran antarabangsa yang digemari oleh pengembara perniagaan, UPI telahpun meningkatkan pengalaman pembayaran dalam perjalanan perniagaan dan memperkenalkan perkhidmatan dan faedah-faedah bernilai tambah untuk mempermudah perjalanan perniagaan rentas-sempadan dan membantu merangsang ekonomi dan pemulihan perdagangan.

-NIAGATIMES

photo-credit-Sampi-Marketing.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.