Usaha pendigitalisasi PKS bakal diumum dalam Belanjawan 2021

Fokus terhadap langkah-langkah menyemarakkan lagi digitalisasi dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana sedang dinilai sebaik-baiknya oleh kerajaan sebelum inisiatifnya dibentangkan dalam Belanjawan 2021 pada 6 November depan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau ketika berucap pada Anugerah Institusi Kewangan dan PKS ke-25 Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) di Royale Chulan Kuala Lumpur semalam menjelaskan bahawa kerajaan akan meneruskan kesinambungan pakej dan pelan rangsangan sebelum ini di dalam Belanjawan 2021 dengan menyegerakan pendigitalisasi PKS.

“Semakan rekod ketika ini menunjukkan bahawa PKS masih belum sepenuhnya beralih kepada teknologi dan digital penting.

“Kita perlu tingkatkan kesedaran kepada PKS bahawa mereka berupaya mencapai jangkauan pasaran yang lebih meluas di peringkat serantau dengan digitalisasi.

“Malah, PKS juga akan dimaklumkan tentang cara-cara institusi kewangan kita membantu mereka dalam proses ini,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, kecenderungan PKS melaksanakan strategi pertumbuhan tinggi dalam membuat keputusan perniagaan turut menarik minat kerajaan.

“Justeru, kerajaan akan turut membimbing PKS ke arah daya tahan dan kemampanan perniagaan…

“Kita akan lihat bagaimana kemampanan boleh menjadi asas dengan mewujudkan langkah-langkah berteraskan PKS,” katanya.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.