Usahawan agro bakal terima manfaat pembangunan Agromall

Usahawan tempatan yang menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan agro akan menerima manfaat daripada projek pembangunan pasar raya Agromall sebaik sahaja premis itu siap sepenuhnya pada Disember 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pembinaan Agromall di kawasan berkeluasan 1.2 hektar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan kelak bukan sahaja mampu meningkatkan produktiviti usahawan malah turut memberi faedah kepada semua pihak.

“FAMA telah membangunkan banyak outlet pasaran selaras dengan peranannya memperluaskan saiz pasaran produk agro makanan.

“Ia bagi memastikan produk agromakanan tersedia manakala petani dan pengeluar menerima harga munasabah dan menguntungkan.

“Selain itu, pengguna akan dijamin bekalan berkualiti dengan harga berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Agromall di Pasar Tani Puchong Selangor, semalam.

Salahuddin ketika hadir pada majlis pecah tanah Agromall (Kredit foto Salahuddin Ayub).jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.