Usahawan belia digesa agresif terlibat dalam program seliaan MATRADE

Kesedaran dalam kalangan usahawan belia di Malaysia mengenai pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk membantu mereka terlibat dalam perdagangan antarabangsa masih rendah, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Beliau berkata, ia terbukti apabila penganjuran program eksport belia yang dikendalikan oleh MATRADE setakat ini, hanya mendapat penyertaan seramai 300 lebih usahawan muda sahaja.

โ€œMalaysia memiliki kira-kira 14 juta golongan muda dan malangnya hanya 300 lebih telah mendaftar sebagai usahawan dalam program belia MATRADE.

โ€œJadi, kita harapkan lebih ramai yang akan mendaftar kelak kerana kita berupaya menolong, mempromosi dan memberikan mereka akses kepada perdagangan antarabangsa dengan program-program sedia ada yang dikendalikan oleh MATRADE,โ€ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Eksport Belia 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, semalam.

Pelbagai aktiviti pembangunan pengeksport serta program promosi eksport khusus untuk belia seperti geran pembangunan pasaran, dana eksport perkhidmatan dan program eTRADE kini giat dilaksanakan oleh MATRADE.

Hari Eksport Belia.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.