Usahawan belia yang terdiri daripada graduan berpeluang meningkatkan potensi keusahawanan masing-masing dengan menyertai siri Program Usahawan Siswazah (GROW) kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kian menunjukkan impak memberangsangkan saban tahun, kata Ketua Pegawai Korporat PKNS, Siti Zubaidah Abd. Jabar.
Menurut Zubaidah, program yang berjalan selama enam bulan bagi setiap sesi tersebut mampu menyiapkan kumpulan usahawan graduan dengan persediaan dari aspek perancangan dan pelaksanakan strategi pemasaran serta membantu meningkatkan kemahiran pengurusan perniagaan mereka.
โSejak diperkenalkan pada 2006 hingga sekarang, seramai 333 peserta telah menyertai Program GROW dengan hasil jualan keseluruhan direkodkan adalah sebanyak RM26.3 juta,โ katanya kepada pemberita pada Majlis Graduasi GROW PKNS 2019 di PKNS BizPoint Shah Alam, baru-baru ini.
Terbaharu, program tersebut telah berjaya mencatat jualan keseluruhan sebanyak RM7.17 juta untuk tahun ini menerusi sesi yang berjalan pada April sehingga September lepas.
Zubaidah menjelaskan, nilai jualan berkenaan merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana ia adalah peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tahun 2018 dengan pertambahan bilangan usahawan serta trend pembelian secara dalam talian dilihat sebagai penyumbang kepada faktor tersebut.