Usahawan di Sabah wajar manfaatkan aplikasi digital

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking menyarankan usahawan di negeri Sabah supaya mengembangkan perniagaan menggunakan aplikasi digital untuk memperluaskan pasaran bagi produk masing-masing.

Beliau berkata para usahawan, khususnya dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah perlu memanfaatkan aplikasi percuma yang disediakan oleh Google menerusi inisiatif ekonomi digital yang berpotensi memajukan perniagaan PKS sehingga mampu mengaut keuntungan yang lebih besar

“Beberapa kejayaan ekonomi digital boleh dijadikan contoh untuk usahawan PKS tempatan untuk meneroka bidang baharu itu termasuk yang dilahirkan menerusi bimbingan aplikasi Google sendiri.

“Satu daripadanya ialah Exotic Borneo Treasures yang memasarkan produk perhiasan diri berasaskan manik yang dihasilkan wanita Rungus di Kudat. Pengusahanya, iaitu Gina Vun dan Noor Ali menggunakan aplikasi Google untuk membuat laman web dan menjual produk secara digital,” katanya ketika melancarkan Program ‘Grow With Google’ di Kota Kinabalu, semalam. – BERNAMA

Darell-Leiking-Kredit-foto-MITI.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.