Program pembiayaan geran, Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TPUNS) yang diperkenalkan khusus untuk usahawan mikro pada Mei lepas masih belum diagihkan sepenuhnya dan usahawan tempatan yang berkelayakan digalakkan memanfaatkan peluang tersebut dengan mengemukakan permohonan dalam kadar segera.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNNS) setakat ini hanya meluluskan sejumlah 211 permohonan daripada hampir 900 borang yang diterima dengan melibatkan dana berjumlah RM623,150.52 bagi peringkat pertama.
โJumlah tersebut hanya melibatkan 20 peratus daripada jumlah peruntukan keseluruhan. Bermakna, masih ada baki 80 peratus peruntukan yang perlu diagihkan pada tahun ini dan permohonan dijangka berakhir pada November nanti,โ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Penerima Geran Tabung di Seremban, baru-baru ini.
Tambah Aminuddin, masyarakat Negeri Sembilan khususnya usahawan-usahawan mikro yang terdiri daripada golongan usahawan, belia, luar bandar, tani, wanita serta orang kelainan upaya (OKU) wajar memanfaatkan TPUNS bagi meluaskan perniagaan masing-masing di samping memupuk budaya keusahawanan.