Menjelang tahun 2050, dijangka lebih banyak perubahan yang akan berlaku termasuklah perubahan dari segi teknologi. Para usahawan muda perlu bersiap sedia untuk menghadapi perubahan yang bakal berlaku pada masa hadapan. Mereka perlu mula memikirkan cara untuk mengembangkan bidang yang mereka ceburi serta perkembangan teknologi yang bakal berlaku bermula dari sekarang. Hal ini sejajar dengan matlamat Transformasi Nasional 2050, TN50 yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan muda demi membangunkan ekonomi negara pada masa hadapan.

Dalam program TN50: Dialog Bersama Usahawan Muda di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin berkata beliau berharap agar para usahawan muda akan bergiat aktif dalam membangunkan ekonomi negara terutamanya dalam industri asas tani. Beliau percaya bahawa penguasaan teknologi pertanian bukan sahaja menjamin bekalan makanan malah dapat mengurangkan defisit perdagangan dalam sektor makanan.

Bagi menyokong usahawan dalam bidang industri asas tani khususnya industri tenusu, Kerajaan akan menubuhkan Lembaga Tenusu yang diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama beberapa kementerian lain seperti MATRADE. Dalam lawatan kerja di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu mambudayakan rakyat negara ini terutamanya generasi muda TN50 untuk mengamalkan pengambilan susu segar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.