Usahawan PKS, agropreneur raih pengiktirafan pelbagai kategori

NiagaTimes telah menganjurkan Anugerah Personaliti lndustri dan Usahawan 2020 yang bertemakan ’Menuju Kemuncak Gemilang Usahawan’.

Anugerah ini bukan sahaja untuk merai kecemerlangan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari pelbagai latar termasuk industri pertanian dan makanan, malah menghargai segala usaha yang telah mereka berikan kepada pembangunan ekonomi negara.

Majlis anugerah bagi Sesi Pertama yang diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan lndustri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Perasmian dan penyampaian cenderamata kepada YB Timbalan Menteri
oleh penasihat NiagaTimes, Emir Abdul Jalal

Dalam majlis anugerah tersebut, beliau berkata, peranan PKS semakin penting dalam merencanakan masa hadapan ekonomi negara. Kementeriannya (MAFI) turut tidak terkecuali memastikan segala usaha dan inisiatif menjayakan matlamat kerajaan ‘Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul menjelang 2030’ akan terus dilaksanakan.

Selain itu, MAFI juga kini giat merangka Dasar Sekuriti Makanan Negara yang lebih holistik dan mampan khususnya kepada agropreneur. Dasar ini kelak akan melengkapi Dasar Agromakanan 2.0 selaras dengan aspirasi kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Wawasan Kemakmuran Bersama dan ‘Sustainable Development Goals’.

Terdapat sebanyak 10 kategori anugerah dan 30 syarikat serta individu yang menerima anugerah di majlis tersebut. Antara kategori anugerah termasuklah Ikon Usahawan Malaysia, Usahawan Cemerlang, Wanita Dalam Perniagaan dan banyak lagi.

Bagi Anugerah Institusi Latihan Terunggul, salah satu daripada penerima anugerah tersebut ialah Dato’ Dr. Calvin Khiu, Pengerusi institusi OE School For Entrepreneurs. Institusi yang menyediakan pendidikan keusahawanan ini meraih nilai jualan pada tahun 2019 mencecah RM40 juta.

Anugerah Institusi Latihan Terunggul 2020 (Pendidikan Keusahawanan), OE School For Entrepreneurs

Lain-lain penerima anugerah industri makanan termasuk:

Anugerah Syarikat Import & Eksport Terbaik (Makanan Sejuk Beku)
GL Marine Frozen Sdn Bhd

Anugerah Kepimpinan Industri (Pembuatan – Produk Minuman)
De Asia Dreams Care Solution

Anugerah Usahawan Cemerlang (F&B – Perniagaan Asam Jeruk)
Megat Shaifulreza Ab Shukor

Anugerah Syarikat Terunggul (Makanan dan Minuman)
Sharing Planet Sdn Bhd

Anugerah Kepimpinan Industri (Perusahaan Sosial – Produk Minuman)
Seven Tea One Sdn Bhd

Anugerah Syarikat Terunggul (F&B – Bakeri)
Mamasab International Sdn Bhd

Penasihat NiagaTimes, Emir Abdul Jalal berkata, melalui pemantauan serta analisis yang telah dilakukan oleh pihaknya, mereka mendapati bahawa usahawan PKS di negara ini telah menarik perhatian banyak pasaran luar dan berpotensi besar untuk berdiri sama taraf dengan para usahawan PKS di negara maju Iain.

Beliau berharap agar penganugerahan pada hari itu akan menjadi batu loncatan serta motivasi kepada para usahawan PKS untuk membangunkan ekonomi negara sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada majlis itu, NiagaTimes juga turut memberi penghargaan kepada empat orang petugas barisan hadapan di atas jasa dan khidmat terpuji mereka sewaktu menangani Covid-19 di negara ini.

Doktor dan jururawat mewakili ‘frontliners’ Covid-19 antara yang turut menerima penghargaan

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran dan Pengerusi CSR Malaysia, Lee Seng Chee.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.