Usahawan PKS dan mikro disaran teroka model perniagaan baharu

Golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mikro yang telah terkesan berdepan pandemik Covid-19 dinasihatkan supaya bersedia dengan norma baharu dalam meneroka model perniagaan baharu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan kelak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perniagaan secara kovensional contohnya perlu mempertimbangkan budaya niaga baharu melibatkan sistem pembayaran tanpa tunai dan pemasaran dalam talian.

“Usahawan runcit dan makanan juga perlu mengubah cara niaga mereka ke arah mesra teknologi dan mengurangkan interaksi bersemuka.

“Jika tidak secara menyeluruh pun ia harus ada sebagai pelan kontigensi andai situasi seperti ini berlaku lagi.

“Sekiranya ada usahawan yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat, kami di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedia memberikan pandangan dan bimbingan melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), SME Bank, Bank Rakyat, SME Corp dan latihan usahawan melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook rasmi miliknya, semalam.

Wan-Junaidi-Kredit-foto-FB-Wan-Junaidi.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.