Usahawan PKS, mikro disaran guna CIMB Tap n Pay mudah transaksi

0
21

CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) menyarankan golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mikro di negara ini untuk segera memanfaatkan kemudahan aplikasi CIMB Tap n Pay bagi memudahkan transaksi perniagaan mereka yang melibatkan kad debit.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan CIMB Group baru-baru ini, mana-mana usahawan terlibat di dalam terminal jualan (POS) konvensional yang menggunakan kemudahan penyelesaian pembayaran tersebut akan menerima manfaat lebih terkini setelah kerjasama di antara CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencapai kata sepakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Komersial CIMB Group, Victor Lee berkata, kerjasama ketiga-tiga pihak yang memperkenalkan CIMB SME Transact berupaya memberikan akses kepada PKS mikro bagi penyelesaian pembayaran digital yang mudah, lancar dan selamat untuk keperluan pembangunan usahawan.

“Dengan PayNet, kami menolak sempadan membolehkan PKS mendapat manfaat daripada kepakaran pasaran dua jenama yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan mereka.

“Ini sejajar dengan strategi pertumbuhan CIMB Forward23 untuk memberi tumpuan kepada teknologi dan data dengan menggalakkan inovasi digital bagi memberi manfaat kepada pelanggan kami,” katanya.

Tambah kenyataan itu, CIMB Group turut menyasarkan untuk mencatatkan sekurang-kurangnya sebanyak 20,000 usahaan memuat turun CIMB Tap n Pay pada tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.