Usahawan produk halal wajar pertingkat kualiti, buka pasaran global

Syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan berasaskan produk halal digesa mempertingkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan keluaran masing-masing bagi membolehkan peluang mereka memasarkan jenama di peringkat global.

Presiden Pertubuhan Usahawan Agro Malaysia, Datuk Seri G. Gnanaraja berkata, produk halal keluaran Malaysia mempunyai potensi tinggi untuk dieksport terutamanya menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan setiap usahawan yang terlibat diyakini telah melalui proses pengkitirafan kualiti.

โ€œSekiranya kita mahu menembusi pasaran antarabangsa, usahawan perlu melihat kembali produk mereka dan melakukan perubahan, termasuk kualiti produk, pembungkusan dan maklumat nutrisi.

โ€œSyarikat Malaysia perlu memastikan bahawa produk mereka memenuhi keperluan persijilan dan piawaian yang ditetapkan bagi memasarkan produk halal mereka di negara itu,โ€ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agenda Pemerkasaan Usahawan Bumiputera Islam Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.

Datuk Seri G.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.