Usahawan tak perlu tunggu lama, bantuan kini disegerakan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan agensi di bawahnya meneruskan usaha untuk membantu usahawan dengan menambah baik produk dan perkhidmatan yang disampaikan bagi manfaat usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mikro dan koperasi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hasil kajian yang telah dibuat oleh Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai yang berkaitan telah mengambil langkah menyesuaikan penyampaian program dan perkhidmatan berdasarkan situasi semasa untuk memudahkan lagi urusan usahawan.

โ€œAntara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah dengan memudah cara permohonan, menambah baik tempoh proses dan kelulusan pembiayaan,โ€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Wan Junaidi, salah satu inisiatif tersebut adalah melibatkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) di bawah seliaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) yang kini hanya memerlukan empat dokumen sokongan sahaja; salinan sijil pendaftaran syarikat atau lesen perniagaan, salinan kad pengenalan, salinan penyata bank dan salinan bil utiliti berbanding 17 dokumen sokongan sebelum ini.

โ€œProses permohonan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) oleh SME Bank dan Bank Rakyat pula dipendekkan kepada lima hari berbanding 30 hari dan 21 hari sebelum ini.

โ€œSelain itu, Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga dipendekkan proses permohonannya menjadi 14 hari berbanding 30 hari,โ€ jelasnya.

Tambah Wan Junaidi, inisiatif-inisiatif lain pula adalah mempercepatkan proses permohonan yang terdiri daripada Skim Pembiayaan Francaisor, Pra Francais dan Francaisi oleh Perbadanan Nasional Berhad (10 hari berbanding 14 hari); Pengeluaran Penuh Simpanan Usahawan oleh TEKUN Nasional (dua hari berbanding tujuh hari) serta Audit Pematuhan Program PROTEGE โ€“ โ€˜Ready To Workโ€™ (lawatan audit minima satu hari berbanding tiga hari).

Wan-Junaidi.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.