Usahawan wanita disaran ligat rebut peluang

Golongan usahawan wanita diseru untuk terlibat secara lebih aktif dengan merebut pelbagai tawaran insentif yang disediakan agensi-agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dalam menggerakkan produktiviti perniagaan masing-masing.

Ketua Setiausaha MED, Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, kementeriannya telah menyediakan platform bagi memperkasakan kaum Hawa di dalam bidang keusahawanan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana melalui tawaran kemudahan pembiayaan serta polisi Dasar Keusahawanan Negara yang akan diumumkan pada pertengahan bulan ini.

โ€œSaya dimaklumkan oleh SME Bank bahawa pembiayaan MySMELady khusus untuk wanita yang diperkenalkan baru-baru ini masih belum terusik. Pergilah memohon dan kita bersedia membantu. Begitu juga dengan Pusat Sehenti Keusahawanan yang dibuka di Kuala Lumpur, Melaka, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak boleh menjadi pusat rujukan setempat bagi usahawan wanita.

โ€œKita sedang bekerjasama dengan semua agensi termasuk SME Corp dalam membangunkan satu agenda usahawan yang lebih bersepadu dan komprehensif termasuklah melibatkan golongan wanita. Setiap aduan, respons dan komen yang diterima akan diberikan perhatian sewajarnya oleh MED untuk diambil tindakan susulan sebagai penambahbaikan,โ€ katanya kepada pemberita selepas menghadiri โ€˜The Pink Economy Conferenceโ€™ di Platinum Sentral, hari ini.

WAN SURAYA Pink Economy.jpeg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.