Pandemik Covid-19 telah menyaksikan syarikat-syarikat makanan bertindak mempercepatkan pembinaan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan bagi mengatasi cabaran-cabaran dari pasaran yang sentiasa berkembang pesat.
Situasi mendesak ini secara tidak langsung mencetuskan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan rantaian bekalan makanan yang mendorong platform dan syarikat rantaian blok awam mesra perusahaan yang terkemuka di dunia, VeChain memperkenalkan penyelesaian keselamatan makanan, VeChain ToolChain.
VeChain dalam satu kenyataan berkata, penyelesaian ini membolehkan teknologi rantaian blok diterapkan dalam sektor makanan dengan tempoh masa terpantas berbanding dengan mana-mana platform lain.
โTeknologi ini berfungsi sebagai pendaya untuk memacu pelaksanaan yang akan membawakan nilai perniagaan ketara untuk perusahaan.
โDengan menggunakan templat terbina dalam dan sedia digunakan yang dimodelkan mengikut banyak penyelesaian yang telah diterapkan oleh pelanggan perusahaan, setiap perusahaan makanan dapat mencapai penjejakan kitar hayat penuh untuk rantaian bekalan mereka, meliputi dari ladang ke runcit dan ke tangan pelanggan.
โPenjejakan boleh bermula dari penanaman, pemprosesan, pembungkusan, logistik, hingga ke runcit dan banyak lagi,โ katanya, baru-baru ini.
Tambah kenyataan itu, penyelesaian keselamatan makanan yang dikuasakan VeChain ToolChain dicirikan oleh piawaian yang tinggi, jimat kos dan pembayaran fleksibel dalam pasaran.
โPaling penting, VeChain ToolChain juga menawarkan alatan yang boleh disesuaikan dan perkhidmatan label putih, di mana syarikat-syarikat perunding boleh mendapatkan dan melaksanakan Perkhidmatan Pengurusan Keselamatan Makanan untuk pelanggan mereka sendiri,โ jelasnya.
-NIAGATIMES