Veganzone, sebuah ‘aplikasi super’ yang sangat diperlukan untuk golongan yang mengamalkan gaya hidup vegetarian atau vegan, akan melengkapkan Proses Beta dan memulakan pelancarannya di 196 buah negara untuk mengembangkan Komuniti Vegan.
Dilancarkan di dunia untuk menghubungkan hampir 100 juta orang vegan di seluruh dunia, Veganzone bertindak sebagai platform untuk pengguna yang makan berasaskan tumbuh-tumbuhan supaya menikmati perkongsian nilai bersama, menemui restoran, produk, acara, berita, resipi dan komuniti yang berdekatan.
Pengimbas Produk Vegan dan Bebas Daripada Kekejaman, Kalkulator Vegan, Pemakanan, Restoran Berdekatan, Resipi, Berita mengenai Vegan adalah di antara ciri-ciri yang paling disukai.
Pengasas dan Usahawan Veganzone, Murat Aksu berkata, Veganzone direka bagi memastikan semua golongan yang mengamalkan gaya hidup berasaskan tumbuh-tumbuhan mendapat akses tanpa sempadan seperti selesa seperti di rumah, boleh bertanya soalan, boleh belajar dengan mudah dan berkongsi pengalaman sesama mereka.
“Aplikasi itu juga digalakkan kepada vegetarian, kerana ramai di antara mereka sedang mempertimbangkan untuk secara habis-habisan bebas daripada kekejaman dan bertukar menjadi vegan, dan itulah sebabnya bilangan vegan di seluruh dunia menunjukkan satu peningkatan yang mendadak.
“Veganzone tersedia secara percuma di Google Play Store dan App Store. Datang dan sertai kami!” katanya.
Veganzone telah diasaskan di New York pada Mac 2021, oleh Selin Tuyen, Murat Aksu, dan Ogous Chan Ali.
Veganzone, yang menerima pelaburan pertama mereka daripada Focus Global Project dengan satu penilaian sebanyak $3 juta pada Mac, sedang menganjurkan satu pusingan pelaburan baharu untuk pelabur baharu pada Februari 2022.
-NIAGATIMES