Rangkaian runcit premium terkemuka di Malaysia, Village Grocer, baru-baru ini membuka cawangan ke-24 di Taman Megah, Petaling Jaya, meliputi kawasan seluas hampir 24,606 kaki persegi, dengan dua tingkat tempat letak kereta berbumbung.
Bahagian segar menawarkan pelbagai pilihan sayur-sayuran dan sayuran organik melalui penghantaran segar setiap hari dari Cameron Highland dan buah-buahan dan sayur-sayuran berkualiti yang diimport segar melalui cargo penerbangan dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan New Zealand.
Bahagian daging menawarkan pelbagai jenis daging lembu Australia dan kambing New Zealand, termasuk patties burger wagyu dan daging perapan. Bahagian makanan laut menawarkan pelbagai jenis ikan segar tempatan dan salmon Norway segar yang diterbangkan masuk.
Village Grocer menawarkan melebihi 2400 produk dari kategori penjagaan diet kesihatan organik, superfoods, bebas gluten, bebas gula, bebas tenusu, vegetarian yang memenuhi pelbagai keperluan diet termasuk produk vegan dan vegetarian sejuk beku. Selain itu, Village Grocer menawarkan pelbagai jenis makanan ringan dan ais krim yang diimport dari New Zealand, Australia, UK, Belgium, Japan dan Korea.
Sempena pembukaan rasmi Village Grocer Megah Rise, promosi pembukaan bermula dari 27 Disember 2022 hingga 5 Februari 2023, pelanggan berpeluang memenangi baucar hadiah runcit berjumlah RM50 dengan menyertai peraduan Belanja dan Menang Woolworths.
Peraduan tersebut berlangsung dari 27 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023 dengan penyertaan awal layak mendapat beg Woolworths Non-Woven secara percuma. Semua hadiah percuma adalah berkonsepkan siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada.
-NIAGATIMES