Wahed Invest tembus pasaran Malaysia

0
7

Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.

Pertama kali dilancarkan pada 2017, Wahed Invest berpangkalan di Amerika Syarikat, berkembang ke pasaran United Kingdom pada 2018 dan merancang untuk melancarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digitalnya merentas rantau Asia Tenggara dari pangkalan serantaunya di Malaysia.

Beroperasi di lebih daripada 130 buah negara, Wahed ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pelabur yang bijak kewangan serta mereka yang mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai kewangan, menerusi pelbagai pelaburan yang dapat diakses.

Di tambah pula dengan pelaburan awal rendah sebanyak RM 100, bersama yuran yang rendah, dan tiada tempoh terkunci, Wahed berharap untuk mengatasi halangan yang terpadat pada pengurusan pelaburan dan portfolio kewangan yang lazimnya dikhaskan untuk pelabur bernilai tinggi.

“Sebagai salah satu pasaran modal Islam yang paling maju, Malaysia berada pada kedudukan yang unik bagi memenuhi keperluan pelabur Asia Tenggara yang semakin canggih dan mempunyai keperluan yang mendesak, dan membantu mewujudkan peluang dalam kewangan Islam.

“Dengan menyediakan cara pelaburan yang baru dan bijak yang patuh syariah, pelabur kami mempunyai akses kepada pengurus pelaburan digital yang mempunyai yuran yang rendah, serta jumlah minima akaun yang lebih rendah,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wahed Inc, Junaid Wahedna.

-PR NEWSWIRE

Wahed-Invest.JPG

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.