WapCar COTY 2021: Toyota Yaris, Isuzu D-Max, Toyota Corolla Cross menang pilihan editor

Anugerah Kereta Terbaik Tahunan (COTY) WapCar edisi kedua telah menutup tirainya dan menyaksikan jenama terkemuka iaitu Nissan, Isuzu, Toyota, dan Mercedes-Benz merangkul tempat teratas dalam senarai anugerah.

WapCar COTY 2021 mengulang kejayaan COTY 2020 dengan sambutan amat menggalakkan dari orang ramai. Anugerah kali ini berjaya mengumpul sebanyak 27,325 undian dan 6,500,000 capaian setakat ini.

Secara amnya, terdapat dua peringkat utama bagi anugerah Kereta Terbaik WapCar iaitu Pengundian Kereta dan Penganugerahan Kereta.

Sejumlah 12 kategori anugerah dibentuk, segalanya berdasarkan pembelian kereta warga Malaysia yang terdiri daripada empat Anugerah Pilihan Pengguna, lima Anugerah Penilaian, dan tiga Pilihan Editor.

Para pemenang Anugerah Pilihan Pengguna dipilih berdasarkan undian daripada pembaca WapCar, manakala pemenang bagi Anugerah Penilaian dan Pilihan Editor dipilih dengan teliti oleh panel penyunting WapCar.

Bagi Anugerah Pilihan Pengguna COTY 2021, Kereta Terbaik Mampu Milik dimenangi oleh Nissan Almera. Manakala untuk kategori-kategori lain pula dimenangi Isuzu D-Max (Trak Pikap Terbaik), Mercedes-Benz E-Class (Kereta Mewah Terbaik) dan Nissan Serena S-Hybrid (Kereta Keluarga Terbaik).

Anugerah Penilaian COTY 2021 pula dimenangi oleh VW Arteon R-Line (‘All Rounder’ Terbaik), Toyota Corolla Cross (Keselesaan Perjalanan), Mercedes-Benz E300 (Kualiti dan Kelengkapan), Honda City RS (Penjimatan Minyak) dan Volkswagen Tiguan Allspace (Ruang Dalaman).

Selain itu, WapCar juga menutup tirai 2021 dengan satu ulasan eksklusif tahunan berserta pandangan terhadap industri automotif Malaysia bagi tahun 2022.

Pandangan ini bertujuan untuk membantu pengguna dan juga syarikat-syarikat automotif mendapatkan wawasan serta pemahaman lebih mendalam tentang keadaan dan ramalan pasaran automotif di Malaysia.

-NIAGATIMES

PHOTO-CREDIT-WapCar.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.