WEA lancar program pensijilan keusahawanan dalam talian untuk wanita di seluruh dunia

Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA), hari ini mengumumkan pelancaran di peringkat global bagi kurikulum keusahawanan dalam talian mereka yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh dunia.

Program Pensijilan Keusahawanan Dalam Talian itu pertama kali diumumkan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA 76) pada ulang tahun kedua WEA.

WEA berkata, Program Pensijilan Keusahawanan berpandu yang dibangunkan oleh ITC SheTrades dan dikuasakan oleh Mary Kay itu termasuk 27 modul interaktif yang diperkayakan dengan lebih 200 video.

“Matlamatnya adalah untuk mengajar usahawan wanita, yang bercita-cita tinggi atau veteran dengan kemahiran untuk mereka bentuk dan menubuhkan perniagaan yang berpotensi untuk berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Pensijilan itu merangkumi tujuh peringkat utama bagi pembangunan perniagaan iaitu Sijil 1: Memutuskan untuk Menjadi seorang Usahawan (6 modul), Sijil 2: Membangunkan Idea – Idea Perniagaan (3 modul), Sijil 3: Permodelan Perniagaan (4 modul), Sijil 4: Pembentangan Perniagaan itu (4 modul), Sijil 5: Membiayai Usaha Niaga itu (3 modul), Sijil 6: Membina Pasukan (4 modul) dan Sijil 7: Menyediakan Perniagaan itu (3 modul).

Program Pensijilan Keusahawanan Dalam Talian WEA itu kini boleh diakses di hujung jari oleh berjuta-juta wanita secara langsung di laman web ITC SheTrades (www.shetrades.com/en/learn/e-learning) dan di laman web WEA.

Ia kini tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis, dengan bahasa Arab, Rusia dan Mandarin bakal menyusul pada 2022.

-NIAGATIMES

businesswomen-photo-credit-Freepik.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.