Whale Cloud Perkenal Peta Operasi 5G di Kongres Mudah Alih India 2019

0
8

Whale Cloud, syarikat subsidiari Alibaba Group, memperkenalkan Peta Operasi 5G pada Kongres Mudah Alih India 2019 di Aerocity, New Delhi, baru-baru ini.

Dalam era 5G, para pengendali akan menjadi pusat teknikal bagi seluruh transformasi digital masyarakat. Whale Cloud telah membangunkan Peta Operasi 5G untuk membimbing CSP bagi mengendalikan rangkaian 5G dan perniagaan dengan lebih baik, mempercepatkan pulangan pelaburan 5G dan meningkatkan kecekapan utama.

“Kami percaya pembangunan 5G akan mempunyai 3 peringkat berbeza: Dalam peringkat pertama, syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan sambungan 5G. Dalam peringkat kedua, syarikat telekomunikasi meraih keuntungan daripada rangkaian untuk industri-industri vertikal berbeza melalui penghirisan rangkaian.

“Dalam peringkat terakhir, model perniagaan menjadi ekonomi platform, yang mana pengendali boleh memanfaatkan rangkaian dinamik sedia ada mereka, pengkomputeran awan, pengkomputeran pinggir, keupayaan AI dan IT untuk membina ekosistem bagi menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat digital,” kata Ketua Perunding Digital, Whale Cloud International, Steven Cho.

Selain Peta Operasi 5G, Whale Cloud turut membawakan pendekatan transformasi syarikat telekomunikasi digitalnya Peta Kematangan Syarikat Telekomunikasi Digital (DTMM), platform AI dan data raya terbukti-kes, penyelesaian Peruncitan Baharu Syarikat Telekomunikasi dan Pengurusan Saluran Jualan Digital inovatif serta penyelesaian bandar pintar.

-PR NEWSWIRE

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.