WIND EXPO 2019: Pemimpin-pemimpin industri berhimpun di Jepun

Reed Exhibitions Japan Ltd. bakal mengadakan WIND EXPO 2019 – pameran dan persidangan tenaga angin yang terbesar di Jepun mulai 27 Februari di Tokyo Big Sight, Jepun.

Edisi ke-7 ini akan menarik 160 pempamer dari 13 negara dan diadakan dalam Minggu Tenaga Pintar Dunia 2019. Berserta acara-acara berkaitan tenaga lain yang berlangsung serentak, 1,590 pempamer dan 70,000 ahli profesional industri dijangka berhimpun selama tiga hari.

Acara ini turut menampilkan pelbagai Persidangan Teknikal. Pada hari kedua, Sesi Khas akan disampaikan oleh Pejabat Kabinet, Kerajaan Jepun tentang keadaan semasa dalam penjanaan kuasa angin luar pesisir, manakala Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan akan memperkenalkan dasar dan inisiatifnya bagi tujuan mempromosi pengenalan yang diperluas di Jepun.

Penta-Ocean Construction akan turut menyebutkan projek-projek angin luar pesisirnya dalam sesi yang sama. Di samping itu, lebih banyak sesi oleh pemimpin-pemimpin industri dari Jepun dan luar negara akan diadakan sepanjang acara berkenaan.

Menerusi barisan pempamer dan persidangan, WIND EXPO pastinya menjadi hab untuk perniagaan dalam industri tenaga angin Jepun yang semakin berkembang. Catatkan tarikh anda dan jangan lepaskan peluang yang amat penting ini untuk mengembangkan perniagaan di Jepun. – PR NEWSWIRE

WIND EXPO 2019.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.