Wise MARA gilap kemahiran usahawan wanita

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun yakin program Wanita Inspirasi Ekonomi (Wise) yang dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) boleh menjadi platform kepada usahawan wanita untuk lebih berjaya dan mendapatkan pengiktirafan di peringkat global menerusi perkongsian ilmu dan kepakaran.

Beliau berkata menerusi Wise ekonomi usahawan wanita akan diperkukuhkan menerusi eko-sistem yang disediakan bagi tujuan meningkatkan perniagaan dan kemahiran usahawan sehingga ke peringkat komersil berskala besar.

โ€œKita juga membuat perancangan jangka panjang bagi kesiapsiagaan usahawan wanita untuk menjadi pengeluar daripada peringkat awalan dengan SOP, pentauliahan pensijilan sehinggalah usahawan itu mampu berdiri sendiri dan memiliki premis sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Wanita Inspirasi Ekonomi (Wise) Peringkat MARA Kelantan di sini, semalam.

Rina juga berkata seramai 26,090 usahawan seluruh negara menerima manfaat melalui pelbagai program pembangunan usahawan yang dijalankan oleh MARA dari Januari hingga September 2019.

Katanya, dalam tempoh itu juga sebanyak RM350 juta diperuntukkan oleh MARA dari segi eko-sistem, latihan, pembangunan, pembiayaan dan peruntukan untuk membangunkan usahawan.

-BERNAMA

Rina-Harun-Kredit-foto-KPLB.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.