WordPress VIP tingkatkan sistem AI, perkenal Sophi.io

Pembekal utama WordPress perusahaan, WordPress VIP telah menambahkan Sophi.io, sebuah sistem kecerdasan buatan (AI) oleh The Globe and Mail, kepada program Technology Partnership yang berprestijnya.

Sophi menyertai sekumpulan kecil syarikat teknologi perusahaan yang berkhidmat untuk pelanggan VIP dan merupakan rakan kerjasama pertama untuk menyediakan pilihan kandungan automatik dikuasakan AI selain analisis ramalan dan penyelesaian penyekatan berbayar mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif WordPress VIP, Nick Gernert berkata, pihaknya teruja untuk mengalu-alukan Sophi kepada penyepaduan ekosistem perusahaan yang semakin berkembang yang tersedia kepada pelanggan WordPress VIP.

“Kandungan ialah nadi pertumbuhan perusahaan dan rakan kerjasama kami ialah pemain utama yang membolehkan penerbit dan pemasar mencipta pengalaman pelanggan yang bermakna dengan alat penceritaan yang berkesan,” katanya.

Suit penyelesaian Sophi telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal penting yang mentransformasi perniagaan mereka.

Suit penyelesaian ini mengandungi alat dikuasakan pembelajaran mesin (ML) dan pemprosesan bahasa asli (NLP) yang merangkumi Sophi Automation untuk pemilihan kandungan, dalam penyusunan kandungan, Sophi for Paywalls dan Sophi Analytics yang merupakan sistem sokongan keputusan untuk penerbit.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.