Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi’an telah mengadakan Anugerah Khas Datuk Bandar bagi mengiktiraf sumbangan luar biasa usahawan-usahawan cemerlang yang telah memberikan sumbangan kepada pembangunan termasuk pembinaan ekonomi dan sosial Xi’an, baru-baru ini.
Seramai 50 usahawan diraikan dengan 20 pemenang menerima Anugerah Khas Datuk Bandar manakala 30 pemenang lain dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Datuk Bandar Anugerah Calon.
Wakil usahawan dari syarikat-syarikat gergasi seperti BYD Company Ltd, Samsung (China) Semiconductor Co Ltd, Shaanxi Fast Auto Drive Co Ltd, termasuklah perusahaan kebudayaan dan pelancongan seperti Datang Everbright City Management and Operation Team, Shaanxi Changhenge Performing Arts and Culture Co Ltd dan banyak lagi.
Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Perbandaran Shaanxi CPC dan Setiausaha bagi Jawatankuasa Perbandaran Xi’an CPC, Wang Hao berkata, bahawa bandar itu akan berusaha untuk mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan kelas pertama di samping menyediakan perkhidmatan sebaik-baiknya untuk terus menyokong usahawan.
“Anugerah Khas Datuk Bandar itu adalah satu anugerah khas yang diperkenalkan oleh Xi’an untuk terus menggalakkan usahawan, pasukan dan orang perseorangan untuk memberi tumpuan kepada industri pembuatan dan pelancongan kebudayaan termaju untuk membangunkan sebuah bandar yang kukuh dari segi ekonomi.
“Individu dan pasukan yang memenangi anugerah itu akan menerima hadiah wang tunai sebanyak CNY 500,000 (RM302,064),” katanya.
-NIAGATIMES