Xsolla ceburi Pasaran NFT, sasar bantu pembangun digital di Malaysia

Xsolla, sebuah syarikat dagang permainan video global, telah mengumumkan untuk mengembangkan cara penyelesaian pengedaran mudah alih dan digitalnya, demi menawarkan lebih banyak peluang kepada pembangun di Malaysia untuk melancarkan dan mengembangkan permainan mereka di seluruh dunia.

Selain itu, Xsolla turut memperkenalkan ciri pembayaran baharu untuk membantu para pembangun mempromosikan jenama mereka melalui jualan dan pengedaran NFT.

NFT masih merupakan sesuatu yang agak baharu di Malaysia. Namun, ia telah menampakkan permulaan yang menggalakkan, memandangkan 23.9 peratus pengguna internet di Malaysia kini memiliki NFT, menurut data penyelidikan Finder.com.

Finder telah meninjau 28,000 individu dari 20 negara melalui tinjauan dalam talian bagi membandingkan tahap pemilikan NFT, yang menunjukkan Malaysia berada di tangga ketiga dari segi pengambilan NFT.

Melalui ciri baharu NFT, Xsolla telah menawarkan peluang yang lebih bagus kepada para pembangun di Malaysia untuk menjana pendapatan melalui jenama mereka, memandangkan NFT dianggap sebagai suatu cara untuk menghasilkan aset digital unik yang boleh mewakili pemilikan kedua-dua aset dunia nyata dan digital.

Presiden Xsolla, Chris Hewish berkata, pihaknya komited untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan terbaik kepada para pembangun sedunia, untuk membantu mereka menjangkau lebih ramai pemain di kawasan geografi yang lebih meluas.

โ€œKami akan terus membangunkan ciri baharu untuk menangani cabaran utama dari segi pemasaran, pelancaran dan penjanaan pendapatan melalui permainan video.

โ€œDi samping itu, kami akan mengemukakan lebih banyak tawaran pada tahun 2022 yang akan memberi kelebihan kepada rakan-rakan kongsi kami dalam pasaran permainan yang sentiasa berkembang,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

Xsolla.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.