BitMEX alu-alukan Bill Beller sebagai Ketua Perdagangan yang baharu

Platform pelaburan kripto, BitMEX sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Bill Beller sebagai Ketua Perdagangan, berkuat kuasa 1 Januari yang lalu.

Bill bertanggungjawab untuk menerajui strategi perdagangan syarikat itu dan mengembangkan pasukan perdagangan BitMEX dan keupayaan mereka.

Sebelum menyertai BitMEX, Bill adalah Pengarah Urusan di Greenville Advisory selama hampir lima tahun, di mana beliau telah membantu syarikat permulaan FinTech melancarkan platform pertukaran kripto dan memenuhi keperluan kawal selia yang berkembang.

Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Urusan – Ketua bagi Ekuiti untuk Sberbank CIB dan Pengarah Urusan, Ketua bagi Perdagangan Aliran Derivatif Ekuiti EEMEA di UniCredit.

Beliau membawa pengalaman lebih satu dekad di dalam pengurusan risiko, membina infrastruktur perdagangan, dan menguruskan pelaburan ekuiti dan derivatif merentasi pasaran modal global.

Bill berkata, “BitMEX semakin pantas mencapai peringkat seterusnya di dalam transformasi mereka, dan ini masa yang sesuai bagi saya untuk menyertai kumpulan orang yang sangat dinamik dan berbakat ini.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan itu untuk meningkatkan ekosistem BitMEX dengan membangunkan strategi yang berkesan yang meningkatkan pengalaman perdagangan platform itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BitMEX, Alexander Höptner berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Bill sebagai Ketua Perdagangan yang baharu.

“Rekod prestasi dan tahap kepakaran beliau adalah cemerlang, dan peringkat pembangunan kami yang seterusnya akan mendapat manfaat daripada pengalaman luas beliau di dalam menyampaikan strategi pelaburan yang mantap,” jelasnya.

-NIAGATIMES

BitMex.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.