Pempengaruh Shopee sokong e-dagang utamakan nilai kemanusiaan pada tahun 2024

OLEH: Shopee Malaysia

Shopee Malaysia dengan rasminya mendedahkan hasil kajian “Menyokong Perdagangan Inklusif 2024” di mana lebih 3,000 Ahli Affiliate Shopee ditinjau. Kajian ini mendapati 9 dalam 10 ahli affiliate berasa positif dengan peluang e-dagang pada tahun 2024. Para affiliate ini teruja untuk memanusiakan e-dagang dengan lebih berperibadi, berhubung dengan pengguna melalui hantaran media sosial dan strim langsung, dan memacu lebih banyak trafik ke arah penjual tempatan yang mempunyai nilai yang sejajar dengan mereka.

Peningkatan Isi Kandungan E-dagang yang mengutamakan Nilai Kemanusiaan

Apabila bertanya tentang trend e-dagang yang mereka paling teruja untuk diterapkan, 75% ahli affiliate teruja untuk mencipta kandungan yang lebih berperibadi untuk pengikut mereka. Ahli affiliate Shopee mahu memiliki keterlibatan yang lebih tulen dengan pengikut mereka (30%), mahu memperibadikan kandungan mendidik tentang produk melalui hantaran media sosial dan strim langsung (30%), sementara selebihnya mahu bekerjasama dengan perniagaan tempatan untuk memacu kesedaran (15%).

“Ahli affiliate kami menerajui tanggungjawab dalam memanusiakan e-dagang, membawakan kandungan asli kepada pengguna dan selanjutnya membina kelebihan daya saing buat jenama dan penjual tempatan. Ini menunjukkan pengguna Malaysia inginkan sesuatu yang asli. Mereka sudah bosan dengan hantaran media sosial yang digilap sempurna di ruangan media sosial mereka. Mereka mahu berhubung dengan individu sebenar dengan penceritaan yang dekat di hati dan perkongsian pengalaman yang tulen,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia, ketika pelancaran kajian ini pada 24 Januari 2024.

Berkongsi tentang kepentingan keperibadian dan ketulenan, Ahli Affiliate Strim Langsung Shopee, Celeste Puah percaya bahawa mencipta kandungan tulen adalah penting untuk membina hubungan ikhlas dengan pengguna, “Sebagai ahli affiliate berstrim langsung, saya percaya ianya penting untuk jujur dan bersifat terbuka dengan penonton semasa saya menjalankan sesi strim langsung rekomendasi produk. Saya akan berkongsi pendapat saya berdasarkan pengalaman saya sendiri tentang produk yang ingin diketahui lebih lanjut oleh penonton. Apabila saya menjawab soalan mereka, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memaklumkan mereka tentang pelbagai manfaat dan ciri produk tersebut,” kata Celeste.

Membina Komuniti dengan Keterlibatan Dua-Hala

Sejumlah 94% ahli Affiliate Shopee menjangkakan peningkatan keterlibatan pengguna melalui kuasa kandungan asli dan strim langsung berinteraktif. Data ini mendedahkan perubahan penting terhadap tingkah laku pengguna, mengetengahkan permintaan meningkat terhadap hubungan tulen antara penjual dan pembeli Shopee, dengan peranan digital ahli affiliate untuk mengeratkan hubungan ini.

Andrew Tay dalam kapasitinya sebagai Ketua Pegawai Operasi Val Media, sebuah portal digital yang menerbitkan kandungan berpengaruh menjelaskan bahawa pasukannya teruja melihat lebih banyak keterlibatan dan interaksi daripada penonton mereka tahun ini. “Dalam beberapa tahu yang lalu, kami telah melebarkan sayap daripada hanya menerbitkan artikel review produk kepada hantaran media sosial dan video berinformatif dan kreatif. Kami terinspirasi melihat pelbagai cara rakyat Malaysia menggunakan kandungan digital; dan kami bersemangat untuk mencipta lebih banyak kandungan yang memacu keterlibatan pengguna dan membawa lebih banyak trafik kepada penjual tempatan kita pada.”

Menyokong Perniagaan Tempatan dalam Dunia Digital

Apabila Shopee bertanya ahli affiliate tentang apakah yang mereka ingin capai pada tahun ini, 100% beraspirasi untuk memacu lebih banyak trafik kepada penjual tempatan pada 2024. Tambahan lagi, 96% daripada mereka mahu berkolaborasi dengan lebih banyak penjual tempatan yang mempunyai nilai sejajar dengan mereka. Ini menunjukkan semangat #ShopeeSapotLokal mereka dalam menyokong produk Buatan Malaysia yang memacu ekonomi digital negara.

“Saya gembira dapat bekerjasama dengan jenama dan penjual tempatan kerana saya percaya ianya penting untuk kita menyokong usahawan tempatan. Saya berasa senang hati apabila saya berjaya memacu trafik dan membawakan kesedaran terhadap penjual tempatan yang menjual produk buatan sendiri atau produk tradisional kepada penonton saya. Saya tidak sabar untuk berkolaborasi dengan penjual-penjual ini pada 2024 untuk mencipta kandungan mesra keluarga yang sejajar dengan nilai dan budaya saya sebagai seorang Muslim,” kata Rita Zafran, ahli Shopee Affiliate (Pencipta Hantaran Media Sosial Terbaik).

Ahli Affiliate Shopee secara keseluruhannya percaya bahawa bersifat jujur adalah polisi terbaik (Honesty is the best policy) apabila memanusiakan rekomendasi jenama dan produk. Mereka mahu membina hubungan ikhlas dan tulen dengan penonton mereka, dan berusaha untuk bekerjasama dengan jenama dan penjual tempatan yang sejajar dengan nilai sosial dan budaya mereka.

Kajian “Menyokong Perdagangan Inklusif 2024” adalah sebahagian daripada siri kepimpinan pemikiran Shopee. Pemahaman berdasarkan data ini menunjukkan bagaimana Ahli Affiliate Shopee mempunyai peluang unik untuk membina hubungan yang membawakan manfaat bersama dan memacu kesetiaan pelanggan terhadap jenama dan penjual tempatan. Informasi lanjut tentang ahli affiliate Malaysia bakal dikongsikan dengan lebih mendalam dalam masa terdekat.

-NIAGATIMES

Championing-Inclusive-Commerce-2024-panel-forum.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.