FWD Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam industri insurans dan takaful negara dengan menggabungkan pemahaman terhadap keperluan pasaran tempatan serta kepakaran serantau menerusi rangkaian operasinya di Asia.
Syarikat itu, yang merupakan sebahagian daripada FWD Group, menawarkan pelbagai penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga bagi membantu pelanggan mengurus risiko kewangan, melindungi keluarga serta merancang masa depan dengan lebih terjamin.
FWD Group mula memasuki pasaran Malaysia menerusi perniagaan takaful keluarga pada 2019 sebelum mengembangkan operasinya kepada sektor insurans hayat pada 2023.
Kehadiran kumpulan itu di beberapa pasaran Asia termasuk Hong Kong, Singapura dan Jepun turut membolehkan FWD Malaysia memanfaatkan pengalaman, inovasi serta amalan terbaik serantau dalam mempertingkatkan penawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Negara FWD, Aman Chowla berkata sokongan kumpulan insurans yang mempunyai rangkaian serantau luas memberikan kelebihan kepada syarikat dalam memenuhi keperluan pelanggan, khususnya berkaitan perlindungan kewangan jangka panjang.
Beliau berkata gabungan pengetahuan pasaran tempatan dengan pengalaman kumpulan di peringkat Asia membolehkan syarikat memperluas keupayaan serta menawarkan penyelesaian yang lebih bersesuaian dengan keperluan rakyat Malaysia.
FWD Group turut mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh apabila mencatatkan jumlah aset AS$64.5 bilion setakat 30 Jun 2026, selain mengekalkan penarafan kredit gred pelaburan daripada Fitch dan Moody’s.
Kumpulan itu juga disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada 2025 dengan kod saham 1828.
Pemegang saham utama FWD Group ialah Pacific Century Group, sebuah kumpulan pelaburan Asia yang mempunyai kepentingan dalam sektor perkhidmatan kewangan, teknologi, telekomunikasi dan hartanah.
Dalam pada itu, FWD Malaysia terus memberi penekanan terhadap pendigitalan, kemudahan akses serta pengalaman pelanggan bagi memastikan penyelesaian perlindungan yang ditawarkan kekal relevan dengan perubahan keperluan masyarakat.
Syarikat itu menyasarkan untuk terus memperbaharui pendekatan industri insurans dan takaful melalui inovasi serta penyelesaian yang lebih mudah diakses.
-NIAGATIMES




















































