Le Meridien Putrajaya anjur sambutan istimewa menjelang 2027

Le Meridien Putrajaya menawarkan pelbagai pengalaman menjamu selera, pakej penginapan percutian serta sambutan hujung tahun menerusi kempen ‘A Season To Savour’ yang bakal diakhiri dengan acara kira detik ambang tahun baharu bagi menyambut ketibaan 2027.

Kempen itu menampilkan pelbagai sajian istimewa termasuk minum petang, bufet antarabangsa, hidangan tradisional Krismas serta pilihan manisan bertemakan perayaan.

Bagi mereka yang ingin menikmati percutian penghujung tahun, hotel berkenaan menawarkan pakej ‘Savour The Holidays’ yang merangkumi penginapan satu malam, minuman alu-aluan, kemudahan istimewa dalam bilik, sarapan pagi untuk dua orang serta kredit makanan RM200 sehari yang boleh digunakan di semua premis makanan dan minuman hotel itu.

Di Latitude 02, pengunjung boleh menikmati hidangan minum petang La Fete yang menyajikan pelbagai pilihan manisan dan hidangan savouri termasuk sandwic croissant ayam belanda dan keju brie, quiche salmon salai, tartlet raspberi serta tiramisu kunafa.

Sementara itu, Latest Recipe bakal menyajikan bufet antarabangsa sepanjang Disember dengan pilihan hidangan istimewa seperti lamb rack bersalut pistachio, rusuk pendek daging lembu yang dimasak perlahan serta ayam belanda panggang tradisional sempena Krismas.

Hotel itu turut menyediakan pilihan hidangan perayaan untuk dibawa pulang termasuk ayam belanda panggang, ‘beef Wellington’ istimewa serta kaki kambing Australia tanpa tulang panggang. Koleksi manisan Krismas seperti biskut roti halia, kek buah-buahan dan pencuci mulut istimewa turut ditawarkan di ruang legar hotel.

Sambutan diteruskan menerusi acara ‘Wander Into 2027’ pada 31 Dis, yang menampilkan bufet makan malam ambang tahun baharu di Latest Recipe sebelum pengunjung beralih ke Latitude 02 untuk menikmati persembahan DJ dan acara kira detik tengah malam.

Pertunjukan bunga api turut dirancang bagi memeriahkan sambutan ketibaan tahun 2027.

Pengunjung juga boleh memilih pakej makan malam dan hiburan, manakala bufet makan tengah hari sempena Tahun Baharu akan diadakan pada 1 Jan 2027.

Pakej penginapan ‘Savour The Holidays’ ditawarkan bagi tempoh penginapan sehingga 3 Jan 2027, manakala promosi minum petang berlangsung sehingga 30 Dis ini.

Harga bufet di Latest Recipe bermula RM158 bagi setiap dewasa untuk makan tengah hari dan RM178 bagi makan malam. Hidangan makan malam khas sempena Krismas pada 24 dan 25 Dis pula ditawarkan pada harga RM208 bagi setiap dewasa.

Bagi sambutan ambang tahun baharu, bufet makan malam ditawarkan pada harga RM208 bagi setiap dewasa dan RM104 bagi setiap kanak-kanak, manakala pakej makan malam, hidangan lewat malam dan parti berharga RM266 bagi setiap dewasa serta RM133 bagi setiap kanak-kanak.

Bufet makan tengah hari Tahun Baharu pada 1 Jan pula ditawarkan pada harga RM198 bagi setiap dewasa dan RM99 bagi setiap kanak-kanak.

Untuk tempahan dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Le Meridien Putrajaya menerusi talian 012-823 4101 atau melayari laman web rasmi hotel berkenaan.

-NIAGATIMES

Screenshot2026-menu.png