Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd (Nippon Paint) baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK Malaysia) bagi Bengkel Penyelenggaraan dan Pengubahsuaian, yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pemain industri dalam menaikkan piawai penyelenggaraan dan pengubahsuaian pusat beli-belah di seluruh negara.
Sebagai wakil entiti bagi pusat membeli-belah di Malaysia, PPK Malaysia sentiasa memainkan peranan utama di barisan hadapan dalam menyebarkan pandangan industri penting kepada ahli-ahlinya.
Kerjasama ini melambangkan komitmen teguh Nippon Paint untuk meningkatkan sektor teguh peruncitan yang terus menunjukkan pertubuhan yang menggalakkan, dengan ramalan yang menjangkakan peningkatan jualan tahunan sebanyak empat peratus bagi menekankan ketahanan sektor dan momentum yang tinggi.
Tay Sze Tuck, Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia berkata, “Nippon Paint menyasarkan untuk meningkatkan estetika, fungsi dan keselamatan bangunan-bangunan ini, kerana menyedari kepentingan untuk kekal kompetitif dalam landskap peruncitan yang sentiasa berubah.”
Ujarnya lagi, pihaknya percaya bahawa pelaburan dalam penyelenggaraan dan pengubahsuaian pusat beli-belah memainkan peranan utama bukan sahaja dalam mengekalkan struktur seni bina di Malaysia.
“Ia juga menyumbang kepada peningkatan landskap peruncitan dengan memperkasakan golongan profesional dalam industri dengan kemahiran dan pengetahuan yang penting untuk mengekalkan piawai keselamatan, mengurangkan kemungkinan terjadinya perkara yang memudaratkan, dan memberikan pengalaman yang unggul kepada peruncit dan pengunjung, serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Total Coating and Construction Solutions (TCCS) oleh Nippon Paint yang berfungsi sebagai kerangka komprehensif untuk kerja pembaharuan pusat membeli-belah, yang pertama di rantau ini menawarkan penyelesaian khusus untuk pengubahsuaian dimana ia merangkumi pengecatan semula, penyelesaian khalis air dan penyelesaian lantai.
Pendekatan berstruktur ini, digandingkan bersama dengan langkah-langkah jaminan kualiti yang ketat dan kepakaran kerja yang pakar, memastikan bukan sahaja keselamatan dan pematuhan peraturan tetapi juga kepuasan pelanggan.
-NIAGATIMES