CIMB buka operasi hujung minggu bagi persediaan pasca moratorium

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) akan membuka semua cawangan dan pusat pembiayaan auto di seluruh negara pada hujung minggu bertarikh 19, 20, 26 dan 27 September 2020 bagi menawarkan program bantuan kewangan kepada pelanggan yang masih terjejas setelah moratorium pinjaman enam bulan tamat pada hujung bulan ini.

CIMB dalam satu kenyataan berkata, pembukaan cawangan-cawangan dan pusat pembiayaan auto pada hujung minggu tersebut di seluruh negara adalah bagi memberi bantuan serta membolehkan peminjam untuk berbincang secara bersemuka bersama pihak bank supaya dapat lebih memahami pilihan bantuan pembayaran yang disediakan.

“Ini termasuk pelanggan yang layak untuk mendaftar ke dalam Program Bantuan Bersasar CIMB (TAP) dan juga para peminjam yang tidak terjejas oleh wabak Covid-19 tetapi masih memerlukan bantuan pembayaran,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua cawangan CIMB akan membuka operasi bermula jam 9.30 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu dan Ahad di kedua-dua hujung minggu tersebut.

“Pusat pembiayaan auto CIMB juga akan dibuka dari 9 pagi hingga 1.30 petang pada hari Sabtu dan Ahad bagi kedua-dua hujung minggu itu bermula esok.

“Mulai pertengahan September, CIMB akan mengirim surat dan e-mel kepada semua peminjam yang belum menghubungi CIMB sebagai peringatan kepada mereka mengenai bayaran ansuran yang akan bermula pada bulan Oktober,” ujarnya.

-NIAGATIMES

CIMB.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.