Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah meraikan pencapaian 50 usahawan di malam penganugerahan anjuran portal media NiagaTimes, Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2024.
Timbalan Menterinya, Yang Berhormat Datuk Ramanan Ramakrishnan telah hadir sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan dan menyampaikan anugerah pada majlis berprestij tersebut.
Menerusi ucaptama, beliau berkata, program sebegini berupaya memberi galakan kepada para usahawan untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang perniagaan serta mampu memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan usahawan itu sendiri.
Tambahnya, program ini secara tidak langsung dapat mewujudkan sebuah platform kepada syarikat tempatan sama ada yang baru mahupun lama dan berpotensi untuk mendapat perhatian dalam skala yang lebih besar.
Terdapat sebanyak 10 kategori anugerah yang diwakili 50 syarikat serta individu menerima anugerah di majlis tersebut. Antara kategori anugerah pada hari itu termasuklah ‘Company of the Year’, ‘Outstanding SME’, firma profesional, ‘Food & Beverage’, inovasi teknologi, kepimpinan industri, syarikat terbaik, wanita dalam perniagaan dan banyak lagi.
Bagi Anugerah Institusi Kewangan Mikro Terbaik, penerima tersebut ialah Amanah Ikhtiar Malaysia. Institusi kewangan yang juga dikenali sebagai AIM ini diipilih berdasarkan kecemerlangannya merealisasikan misi dalam memperkasakan modal insan kepada usahawan mikro dan usahawan baharu di seluruh negara. Malah, organisasi ini turut menyalurkan dana pinjaman yang besar iaitu RM2.6 bilion kepada seramai 320,000 usahawan pada tahun lalu. Atas kecemerlangan tersebut, Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir bin Abdul Aziz juga dijulang sebagai satu-satunya penerima Anugerah Ikon Kepimpinan Nasional.
Satu lagi penerima anugerah tertinggi, Anugerah ‘Company of the Year’ ialah TenQ Group Sdn Bhd. Syarikat gergasi yang menawarkan pelbagai khidmat hiasan dalaman kreatif ini bukan sahaja memiliki kepakaran rekaan dan renovasi eksklusif melibatkan residen serta pejabat komersial, malah turut unggul berkembang pesat dengan cemerlang berikutan satu-satunya syarikat khidmat hiasan dalaman di Malaysia yang mengaplikasikan kad waranti kepada pelanggan. Nilai jualan syarikat ini pada tahun 2023 mencecah RM40 juta.
Lain-lain penerima anugerah ialah Datuk Baharom bin Embi (Pengerusi Co-opbank Pertama); Rizman Ruzaini; De Fam; Wayout Solution Sdn Bhd; Kedai Kopi Tan Kow Po; Raagineedhevi Subramaniam; Nur Shyzul Ardieyana Binti Julkili; RD Digital Berhad; P & A Prospect Sdn Bhd; Nexgen Solutions Sdn Bhd; Renata Health World Sdn Bhd; Ang Kean Yong; Madeena Bedding Industries (M) Sdn Bhd; House of Bricks KL; Delicious Curry House Sdn Bhd; Datin Dr Norli Binti Haji Alias; Maydas Enterprise; Dr Lau Kian Hong; IOE Cams Sdn Bhd; Datuk Vellayan Nalliannan; Redefined Mortgage Specialist Sdn Bhd; Sanwa Tours (M) Sdn Bhd; Janahan Arumugam; Motion Digital Technologies; Qaabila Skincare dan Raja Shamri Bin Raja Husin.
Selain itu, syarikat BCS Aviation (Sarawak) Sdn Bhd; Chef Naressh Balakrishnan; SYT Cendana (M) Sdn Bhd; Dr. Nishalani Elangovan; Ghin Malaysia; BVP Rich Holdings Sdn Bhd; Dato’ Dr. S Prabakaran K Selvaraju; Liuli House Restaurant; Yuslida Binti Othman; Aura Outdoors Enterprise; Ts. Inv. Dr. Teo Chee Loong; Abadi Trading; Global Krish Travel and Tour Sdn Bhd; BBA Food Industries (M) Sdn Bhd; Dato’ Dr Ramesh Devadoss; Guardian Facilities Management Group Sdn Bhd; Kaara Saaram Claypot Sdn Bhd; Maha Maya Collections; Synergy International Group of Companies; Laman Restu Venture; Mega Jati Academy Sdn Bhd; Salina Beauty Corset; Joey Daud dan Man Raja Lawak antara yang turut diberikan pengiktirafan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Dato’ R. Rajendran dan Pengerusi CSR Malaysia, Lee Seng Chee.
Portal media bisnes pilihan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan, NiagaTimes telah menganjurkan Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2024 yang bertemakan ‘Usahawan Berinspirasi Cetus Revolusi’. Anugerah ini bukan sahaja untuk merai kecemerlangan syarikat PMKS dari pelbagai latar, malah menghargai segala usaha yang telah mereka berikan kepada pembangunan ekonomi negara.
Portal NiagaTimes merupakan penerbitan PR Partners Asia Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi. Portal ini bertujuan untuk membantu masyarakat yang mempunyai minat dalam perniagaan melalui penyediaan maklumat secara menyeluruh mengenai perniagaan.
-NIAGATIMES