Petal Merchant Centre HMS bantu platform e-dagang realisasikan potensi mudah alih

Semasa berlangsungnya eTail Asia, sidang kemuncak dan ekspo maya untuk peserta-peserta Asia yang terkemuka dalam e-dagang dan pemasaran digital, enjin gelintar natif Huawei Mobile Services (HMS) iaitu Petal Search, memperkenalkan Petal Merchant Centre (PMC) baharu, platform yang direka untuk menyokong inovasi dan pertumbuhan perniagaan e-dagang.

PMC ialah platform pelancaran dan pengurusan produk dalam talian secara sehenti untuk rakan kongsi e-dagang mengkonfigurasi bagaimana produk daripada laman sesawang mereka akan muncul dalam enjin Petal Search yang bertujuan untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna dan menyerlahkan potensi penuh aktiviti membeli belah dalam talian.

“Pelancaran PMC menunjukkan komitmen kami untuk mengukuhkan kerjasama bersama rakan kongsi global dan tempatan serta menyampaikan saluran terbaik yang ada bagi memenuhi strategi perniagaan mudah alih mereka,” kata Shane Shan, Pengarah APAC Huawei Consumer Cloud Service.

“PMC dilengkapi dengan beberapa alat e-dagang bagi menyelaraskan proses pengurusan dan meningkatkan produktiviti. Selain itu, platform ini turut disokong oleh alat dan analisis sokongan data bagi membantu rakan kongsi e-dagang menyusun maklumat dan tinjauan produk mereka dengan lebih baik bagi meningkatkan prestasi jualan.”

PMC baharu ini menawarkan pelbagai fungsi perkhidmatan e-dagang yang mudah digunakan untuk rakan kongsi memuat naik maklumat produk, mengurus status produk serta memantau prestasi keseluruhan dan kadar klikan kesemuanya di bawah satu bumbung.

Platform tersebut menyokong akses data berstruktur dan rakan kongsi boleh memilih dengan cara terbaik alat yang paling sesuai untuk senario dan matlamat pembangunan khusus, lalu menjadikan perkhidmatan PMC benar-benar disesuaikan.

-PR NEWSWIRE

Petal-Search-HMS.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.