E-dagang mampu lonjak pendapatan usahawan kraf

Peluang usahawan kraf Malaysia untuk memperluaskan rangkaian produk masing-masing dilihat lebih cerah seandainya mereka memanfaatkan platform e-dagang secara total sekaligus berpotensi meningkatkan pendapatan yang boleh diperoleh daripada interaksi global.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kementeriannya sedia membantu usahawan kraf menembusi pasaran antarabangsa memandangkan nilai kreativiti produk kraf Malaysia yang begitu unik bukan sahaja diminati masyarakat tempatan malah juga mendapat permintaan di luar negara.

“Sebelum ini memang sudah ada segelintir usahawan kraf yang telah memasarkan produk mereka menerusi media sosial dan platform e-dagang tetapi tidak begitu menyeluruh.

“Mereka perlu lebih meneroka pasaran itu jika mahu ke hadapan. Kementerian sedia berusaha untuk membantu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia di Kompleks Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, baru-baru ini.

Selain itu, Mohamaddin turut mengumumkan insentif sebanyak RM150,000 diperuntukkan kepada program penghasilan lima produk kraf baharu iaitu anyaman tikar dan kipas, hiliran batik, batik shibori dan blok, hiliran anyaman serta batik teknik ikat warna naftol.

Mohamaddin ketika melakukan tinjauan pada Program Pemerkasaan Komuniti Kraf.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.