Qew Group lancar instrumen pelaburan patuh syariah RPS-I dan RPS

Syarikat pemegangan pelaburan, aktiviti perundingan dan khidmat nasihat korporat, Qew Group Berhad (QGB) telah melancarkan instrumen pelaburan iaitu RPS dan RPS-I dengan ukuran dana sebanyak RM700 juta yang diperakui oleh Securities Commision Malaysia (SC).

Pengarah Urusan QGB, Datuk Dr. Muhamad Iqbal berkata, instrumen yang telah dilancarkan pada awal 2021 tersebut menyaksikan pelaburan patuh syariah ini memberi peluang kepada entiti awam dan korporat untuk berkongsi keuntungan dari syarikat QGB.

โ€œInspirasi kami adalah untuk menjadi syarikat yang paling dikenali di seluruh dunia, berkembang pesat, dinamik, paling inovatif dan menguntungkan.

โ€œDalam misi ini, kami akan berusaha untuk berkembang dan memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pihak berkepentingan melalui operasi kecemerlangan, prestasi tinggi dan urusan tadbiran korporat yang baik.

โ€œQew Group Berhad akan memanfaatkan keuntungannya kepada pemegang saham, pemegang taruh, dan kepentingan anak syarikat untuk berkembang dan menembusi lebih pasaran kompetitif,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Iqbal lagi, QGB memanfaatkan secara meluas rangkaian untuk peluang pelaburan secara global dan serantau, kemudiannya QGB akan berunding dan menyusun kerangka utama itu dalam situasi menang menang bagi semua pihak pemegang tarung, pelanggan dan pelabur.

โ€œDengan kenaikan skala syarikat awam, bahagian yang disignifikan dari penghargaan nilai biasanya berlaku semasa fasa ini.

Ianya menarik pulangan keuntungan dari syarikat permulaan dan pra IPO dan kebiasaannya hanya tersedia untuk institusi, wakaf dan pelabur bersih bernilai tinggi,โ€ ujarnya.

Qew Group Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2009 dengan anak syarikatnya iaitu Qew Adz Networks, Qew Communications Sdn. Bhd. dan Qew Technologies (M) Sdn. Bhd.

-NIAGATIMES

Dato-Dr-Iqbal.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.