KL Wellness City tambah baik pelancongan kesihatan dengan IoT

KL Wellness City (KLWC) sejak pelancarannya pada Jun 2023 telah membawa kemajuan yang luar biasa dalam pembentukan dan integrasi landskap untuk penjagaan dan kesejahteraan kesihatan.

Ini termasuklah kerjasama KL International Hospital (KLIH) dan The Nobel Healthcare Park yang akan memperjuangkan internet bekelajuan tinggi, untuk mendorong penggunaan teknologi Internet Perkara (IoT) dalam perkhidmatan penjagaan dan kesejahteraan kesihatan dan memenuhi keperluan pelancong perubatan untuk ketersambungan internet.

Pengarah Urusan KL Wellness City, Datuk Dr Colin Lee berkata, untuk mencapai visi pembetukan sebuah hab penjagaan dan kesejahteraan kesihatan yang moden di Asia Tenggara dan meraih kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terbaik di dunia, ekosistem yang komprehensif dan kalis masa depan perlu dibina dengan memangkin pertumbuhan melalui infrastruktur teknologi yang inovatif dan maju.

“Dengan reka bentuk KLWC yang bersepadu teknologi IoT, komitmen kami terhadap ketersambungan akan memudahkan pengalaman perubatan yang mendahulukan pesakit untuk kedua-dua pelancong tempatan dan antarabangsa dan juga selari dengan visi Kementerian Kesihatan untuk transformasikan sistem penjagaan kesihatan secara digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Colin, KLWC juga berusaha untuk menyelaraskan aliran kerja-kerja bagi penjagaan kesihatan, mengurangkan kelewatan, meningkatkan ketersediaan data dan menambah baik kualitiservis penjagaan dan secara menyeluruh terhadap pengalaman perubatan bagi pesakit dengan mengamalkan prinsip kesihatan digital.

“KLIH yang mempunyai tiga belas tingkat dan didekasikan untuk mewujudkan persekitaran hospital yang mampan, dan memperkukuh peranan KLWC untuk bukan sahaja menerajui kemajuan teknologi tetapi juga dalam tanggunjawab alam sekitar.

“Sehingga kini, kedua-dua bangunan KLIH dan The Nobel Healthcare Park (Plot 1) telah siap kerja tanah, piling, dan kerja substruktur yang hampir 100 peratus tamat, manakala kerja substruktur untuk KLIH telah dijadualkan untuk bermula pada Q2 2024,” ujarnya.

Hasil sektor perubatan dan pelancongan kesihatan pada tahun ini dijangka mencecah RM1.7 bilion dan turut dijangka untuk meningkat ke dua-angka pada setiap tahun selepas had RM5 bilion menjelang 2023.

-NIAGATIMES

Tower-C-Lobby_Wellness-wing.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.