Firma China, ZhenJiang terokai model baharu untuk jualan modul luar negara

CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) Co. Ltd. telah menjalin perkongsian dengan Zhongshi Solar Energy Saving & Resources (Jiangsu) Co. Ltd. dalam usaha untuk aktif meneroka model jualan baharu untuk pasaran luar negara.

Pada 18 Mei, Pengerusi ZhenJiang, Li Jingnan menyerahkan plak kepada Pengurus Besar Jiangsu, Ge Xianglin dalam satu majlis penandatanganan, yang mana syarikat tersebut menjadi agensi jualan untuk modul ZhenJiang dalam pasaran-pasaran di luar China.

ZhenJiang telah melakukan kemajuan penting dalam beberapa pasaran baru muncul, terutamanya Filipina, India dan Korea Selatan. Pelesenan merupakan sebahagian daripada hala tuju untuk meluaskan lagi saluran jualan luar negara dan meningkatkan bahagian pasaran di luar negara.

Li berkata, dalam dunia yang sangat saling terhubung pada hari ini, ia merupakan satu trajektori semula jadi untuk firma-firma menjalin perkongsian yang strategik, berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menginovasi.

โ€œBerdasarkan kerjasama kami yang membuahkan hasil dan erat bersama Jiangsu sepanjang tahun lalu, kami telah mencapai sinergi dari segi pengembangan pasaran, peningkatan jenama dan penaiktarafan teknologi.

โ€œPelesenan bertujuan untuk menunjukkan komitmen kami bagi mengukuhkan lagi perkongsian strategik yang sedia ada,โ€ katanya.

-PR NEWSWIRE

ZhenJiang-kerjasama-Jiangsu.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.