Kerajaan laksana proses pemutihan bantu usahawan KEMAS

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang melaksanakan proses pemutihan di seluruh negara bagi memantau perkembangan prestasi semasa usahawan rintis yang bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Menteri KPLB, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, kementeriannya sentiasa komited untuk memastikan usahawan terlibat yang berada dalam kelompok masyarakat luar bandar tidak tercicir menjalankan perniagaan masing-masing sedangkan pelbagai bentuk bantuan telahpun diberikan.

“Selama ini mereka hanya mengikuti kursus dan terima bantuan tanpa dipantau. Sebab itu kita buat proses pemutihan ini untuk memastikan mereka memanfaatkan sepenuhnya kesemua bantuan, pengetahuan, termasuklah peralatan yang diterima.

“Justeru, saya mahu menambah baik program ini kerana sebelum ini tiada pemantauan yang dilakukan. Kita mahu ada peningkatan yang baik untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI). Kita mahu peserta itu berjaya sebagai usahawan, bukan hanya sebagai penerima sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kit Peralatan ‘Quick Win’ di Pusat Masakan KEMAS Kampung Semariang Batu Kuching, baru-baru ini.

Rina-Harun-Kredit-foto-KPLB.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.