MEDAC, MOA berkolaborasi sasar generasi agropreneur baharu

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) akan menjalin kerjasama dalam usaha melahirkan usahawan berkaitan pertanian atau agropreneur yang lebih ramai di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama-sama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Pelbagai input pertanian, latihan dan permodenan pertanian ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dibincangkan bersama dalam pertemuan ini.

“Penglibatan koperasi berasaskan pertanian diharap dapat meningkatkan output dan menambahkan pendapatan koperasi terutamanya dalam menceburi pertanian moden yang mana pihak MOA setuju untuk membantu dan memberikan kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambah Wan Junaidi, kerjasama strategik antara MEDAC dan MOA diharap mampu memainkan peranan dalam mempertingkatkan lebih ramai usahawan koperasi yang lebih kreatif dan inovatif.

“Saya yakin usaha sama ini juga mampu melahirkan lebih ramai agropreneur khususnya usahawan muda dan wanita dalam bidang pertanian dan industri makanan,” ujarnya.

MOA-dan-MEDAC.jpeg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.