Penjaja kecil yang mempunyai permit penjaja kekal dan sementara di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak perlu panik untuk mendapatkan kelulusan melalui Intelligent Management System (CIMS) yang diselia Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
KPKT memaklumkan, penjaja kecil yang berhasrat meneruskan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebaliknya hanya perlu menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh PBT masing-masing.
โSekiranya lokasi perniagaan mereka melibatkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT berkenaan.
โKebenaran untuk berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu,โ katanya dalam satu kenyataan.
Jelas KPKT, keputusan tersebut adalah berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0.
โSemua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),โ ujarnya.
-NIAGATIMES