Penta Security jalin kerjasama dengan Talenta percepat keselamatan aset Kripto

Penta Security, peneraju bagi penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan IoT, awan dan rantaian blok, bekerjasama dengan Talenta, perkhidmatan perunding berpangkalan di Singapura untuk projek-projek rantaian blok dan teknologi kewangan, bagi membawakan penyelesaian keselamatan termaju kepada organisasi-organisasi dalam bidang rantaian blok, khususnya di Rantau Asia Pasifik.

Perkongsian ini akan menyaksikan penyelesaian keselamatan Penta Security dihubungkan dengan jaringan pelanggan ekstensif Talenta, seperti projek-projek Tawaran Syiling Awal (ICO) dan Tawaran Token Sekuriti (STO), bursa mata wang kripto dan organisasi-organisasi rantaian blok lain yang diharapkan dapat menyediakan dompet selamat kepada pemegang token mereka dan menggabungkan aspek keselamatan seluruh sistem untuk ekonomi-ekonomi kripto mereka.

Talenta, firma perunding rantaian blok yang ditubuhkan di dalam negara, dahulunya pernah bekerjasama dengan projek-projek terkenal termasuk Zilliqa, Unetwork dan IOST, dan memegang rekod prestasi terbukti dalam menubuhkan entiti-entiti di Singapura selain menyediakan khidmat nasihat undang-undang untuk projek-projek ICO/STO. Selain jaringan hubungan mereka, Penta Security akan turut berupaya memanfaatkan kepakaran teknikal Talenta dalam keselamatan dan penyelesaian rantaian blok, memberi keselesaan lebih baik kepada pengguna.

Tatkala berlakunya penyebarluasan dan penerimaan pesat mata wang kripto, simpanan dan pengurusan token yang selamat tetap menjadi isu kritikal. Kekurangan peraturan keselamatan dalam bidang rantaian blok memberi cabaran kepada pembangunan yang selamat terhadap bidang berkenaan, dengan penggodaman bursa serta ketirisan dompet yang kerap berlaku menyarankan keperluan segera terhadap langkah-langkah keselamatan yang lebih kukuh.

Menerusi kepakaran selama 20 tahun dalam kriptografi dan keselamatan data, Penta Security berkembang dalam keselamatan rantaian blok dengan dua barisan produk berbeza, menyasarkan dua aspek yang amat rentan dalam sebarang persekitaran mata wang kripto: dompet dan bursa individu.

AMO Wallet ialah dompet mudah alih mesra pengguna yang mempunyai berbilang kaedah pengesahan dan pengurusan kunci hujung-ke-hujung, manakala versi perkakasan tangkasnya, AMO Wallet S, menyediakan keselamatan termaju menerusi pembaca cap jari, cip penyulitan dan Penjana Nombor Rawak Kuantum (QRNG) untuk penjanaan kunci. Disesuaikan untuk bursa mata wang kripto, CryptoXchange dapat mengurangkan masalah keselamatan menerusi keselamatan menyeluruh yang dioptimumkan untuk setiap seni bina sistem unik pelanggan.

Perkongsian dengan Talenta ialah satu lonjakan penting ke arah merealisasikan visi Penta Security untuk merapatkan jurang kepercayaan dalam bidang mata wang kripto, sekaligus memupuk pertumbuhan strategik dengan Talenta serta meluaskan kehadiran perniagaan global.

Ketua Pegawai Strategi Penta Security Systems, DS Kim menekankan keperluan untuk membenamkan aspek keselamatan dalam persekitaran rantaian blok. “Meskipun teknologi rantaian blok boleh dianggap sebagai alternatif selamat kepada simpanan data konvensional, risiko-risiko keselamatan masih berterusan dalam bidang rantaian blok.

โ€œHal ini berlaku kerana kebanyakan projek berasaskan rantaian blok menggunakan sistem pengurusan kunci kriptografi yang tidak berkesan dan platform berasaskan web tanpa perlindungan untuk pengurusan aset mereka, seraya mendedahkan data dan dana pelanggan kepada risiko. Dengan menghubungkan pelanggan Talenta dengan suit penyelesaian kami, kami berharap dapat mempercepatkan penerimaan teknologi keselamatan termaju dalam kalangan penginovasi rantaian blok.” โ€“ PR NEWSWIRE

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.